BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 6 April 2009

Sekolah Memandu

Saya belum menghadiri kelas yang diajar dalam Bahasa Melayu sejak Tingkatan Atas Lima. Semasa guru memandu saya mengajar tanda-tanda, amaran-amaran dan pengetahuan am jalan raya, kerinduan terhadap kelas BM saya telahpun mengelami emosi saya.

Guru saya yang tergaya, tentulah Cikgu Haiseh. Dia jugapun guru disiplin sekolah kami. Dia mempunyai banyak tanda khas (trademark), terutama tanda khas tangannya.

Saya masih ingat bahawa kebanyakan penuntut tidak menumpukan perhatian mereka terhadap ajarannya, tetapi membuat kerja rumah mata pelajaran lain, terutama Matematik. kdn (Ketawa Dengan Nyaring) aka lol.

Kepada kawan-kawan saya yang memberitahukan saya sekolah-sekolah memandu yang dihadiri oleh mereka -Zaki, Suang, Ivan, Chern, Khaliq- terutama Ivan yang bukan sahaja memberikan saya alamatnya, tetapi juga nombor telefonnya, saya ucapkan ribuan terima kasih!

Saya memang beranggap bahawa tahap BM saya amat baik, tetapi saya masih mendapati B3 untuk Peperiksaan Peringkat '0'. Sebab utama ialah saya tidak seberapa pandai memahami Bahasa Klasik dan pantun yang diperiksa itu. Memang tidak bernasib baik, langkah kiri... <---lurus? Not bad man my malay!!! lol~~~

0 comments: